Sunday, November 30, 2008

sarapan pagi malaysia

Dulu masa zaman blaja aku ni jarang sangat nk breakfast. Alasan - malas,tak sempat,sakit perut dan kononnya la nak save bajet.. tp skang lepas kawen dan hidup dengan cik anuar yg sangat2 amek kisah pasal makanan (ini pun after dpt kesedaran sedikit hehe) aku bermula rasa sayang pada body kita ni. Kalau boleh dengan izin Allah s.w.t yang Maha Esa aku mahu hidup panjang dalam keadaan sihat, cerdas & bugar. Di usia tua aku nak sihat, boleh joging dengan cucu ( hihihi anak akhil ), travel satu dunia (tanpa perlu bungkus ubat seplastik ), dan beribadat dengan baik. 

Anuar kata semua ni bermula dengan jagaan pemakanan kita sekarang. So apa yg kita makan sekarang la yg akan jadi penyebabnya di kemudian hari.Kalau makan yg baik alhamdulillah,tp klu mkn yg "sedap "jawapannya tanyalah diri sendiri. Sebabnya.. dari makanan yg seimbang & bernutrisi, sel badan kita terjaga dan bugar, maka ia buat organ kita terkesan dan berfungsi dgn baik, dari organlah - membentuk sistem yang efisyen juga tahan lebih lama. 

Apa sarapan rakyat Malaysia khususnya Melayu kita hari ni? Roti canai, nasi lemak, mee goreng, teh tarik/milo, kueh mueh. Kalau tgk2 balik berapa nutrisi kita dapat dr breakfast tu. Padahal sarapan lah waktu makan yg paling penting dalam kitar harian untuk badan kita. Ia membekalkan nutrien yg sel badan perlukan utk mulakan hari. So makanlah makanan yg seimbang bernutrisi untuk tubuh badan kita. Badan sihat minda cerdas. Cewahh promote plak. 

Aku sekarang ni sebagai surirumah breakfast seisi famililah yg paling cepat & ringkas aku bleh buat. Letak dlm blender blend jer, campur ais cube sket, blend 1 minit.. perghh menom kluar bintang! Akhil pun suka choclate flavor, anuar layan cuppucino, aku peminat Tropical fruit hehe. No more roti canai,no more mee goreng atau pun teh tarik. Aku nk hidup sihat. So sapa2 yg terbaca blog ni, sama2 kita jaga tubuh badan kita, ahli keluarga serta kengkawan kita (kurang minyak,gula,garam dan berperisa-perisa nih)

Setiap pagi kami sefamili tak pernah tinggal Sarapan Sophisticated ni.. mempunyai 55 nutrients, 18 asid amino & herba. Sarapan yg luar biasa untuk orang yg luar biasa :) 
Sarapan abad 21. Nak tahu lebih detail.. next post iAllah .........

Friday, November 28, 2008

My first post!

hehe.. hari ni akhirnya mama Akhil dah ada blog sendrik.. duk mintak kat abah akhil tolong setupkan dari dulu lagi.. tq ye! :)

ok.. Helo dunia.. dengan rasa penuh syukur & rendah diri, Aku syukur kepadaMu Yg Maha Pencipta, akan kurniaanmu.. ku punyai keluarga tercinta & rezeki Mu, rasa bahagia ini.. moga ia kekal abadi hingga ke akhir hayat.

iAllah.