Thursday, October 6, 2011

Antara Hospital Swasta @ Kerajaan?

Assalamualaikum w.b.t,

Alhamdulillah hari ni genap 3 minggu usia Ali dan dah 3 minggu aku berpantang.Badan pun dah segar dan bugar.Tadi Presiden Team datang visit aku dan baby di rumah.Sungguh bangga dan terharu plak rasanya.Thank you Kak Kamilah & Abg Ayob.Sangat hargai kedatangan anda berdua.Datang dari Bangi plak tu.Bukannya dekat.Jauh jugak tuh.Tq2.Sangat hargai di tambah dengan hadiah yg sangat cute dan supplement HBL dari Korea untuk aku kasi lebih sihat lagi.Alhamdulillah dengan rezki ini.

Untuk orang bukan Herbalife, Presiden Team level yg income dia dah 70k -100 k sebulan.Dahsyat kan.InsyaALLAH suatu hari nanti masa aku akan tiba.

Duk ngan Kak Kamilah tadi borak la pengalaman beranak ngan dia.Antara citernya pasal bersalin hospital mana? Aku citer la bersalin Hospital Pusrawi.Syok jawapan darinya.Kata Kak Kamilah bagus2 bersalin kat hospital swasta boleh pilih doktor.Bersalin la dengan doktor perempuan.Sejuk aku dengar sbb sebelum ni ada hamba Allah ( dlm keluarga sendiri plak tu) kata " kenapalah hang ni Meah (panggilan aku dlm famili)bersalin hospital mahal2 baik duit hang tu buat benda lain.Hospital kerajaan RM24 sahaja.Sekarang siap dapat bilik wad yg bagus lagi kat kerajaan.Aku senyap jer lah sbb famili punya pasal.Jaga hati.

KALAU HOSPITAL KERAJAAN AKU BOLEH PILIH DOKTOR PEREMPUAN DAN SUAMI BOLEH MASUK AKU RELA,TAPI KALAU DOKTOR PUN TAK BOLEH PILIH PASTU SUAMI PLAK TAK BOLEH MASUK LABOR ROOM BAIK AKU SPEND DUIT AKU UTK BERANAK HOSPITAL SWASTA.TAK SANGGUP AKU BERANAK DAPAT DOKTOR LAKI2.
Tapi dalam hati " bukan soal duit la,( sila imaginekan yer kepada wanita2 yg pernah bersalin,anda beranak doktor laki2,sikit2 nak cek "bawah tu"..tak rela aku....

Sebut pasal duit.Buat apa la nak spend duit ke arah lain kalau bukan untuk diri sendiri.Cth aku nak beranak bukannya tiap2 tahun.Ni 4 tahun sekali.Nak la servis yg terbaik.Ni sama la jugak yg selalu bagi alasan HBL mahal tapi leh beli perabot,beli barang kemas sampai dua2 tangan pakai,baju mahal2.Padahal HBL ni utk tubuh badan sendiri.Badan ni tak ternilai nilainya.Ke badan awak takde nilai?

Aku faham,kadang2 org takde pilihan gi jugak hospital kerajaan.Takpe kalau yg tak mampu.Yg mampu tu pilih lah yg terbaik.Sekurang-kurangnya kita boleh kurangkan pengguna hospital kerajaan.Jadi kurang sesaklah hospital kerajaan tu yg sememangnya sesak.Tapi aku respek ngan sorang member aku nih.Dia surirumah jer.Suami kerja polis.Berusaha menabung semata-mata nak isteri tersayangnya bersalin di hospital swasta kerana mahu doktor wanita yg menyambut bayi mereka nanti.Respeklah kat dia ni.Siap boleh bagi isteri makan HBL tiap2 bulan.

Ni namanya kalau mahu seribu daya,kalau tak mahu seribu dalih.Betul tak? Buatlah pilihan yg terbaik dalam hidup anda terutama untuk diri sendiri.Hidup ni sekali jer.Ke ada yg dapat hidup 2 kali mcm kat filem2 tuh.Kepada kawan2 di luar sana mari kita sama2 menjaga kesihatan tubuh badan kita.Makanlah makanan yg betul setiap hari dengan kuantiti yg betul.Salam :)

Saturday, October 1, 2011

Susu Ibu sangat Bagus tp kenapa masih ramai tidak menyusukan anak mereka?

Assalamualaikum wbt,

Hari ni dah 16 hari usia Wan Ali Hayy.Jadi dah 16 hari aku berpantang.Minggu pertama mak aku dtg jaga.Minggu kedua mak mertua dtg jaga.Alhamdulillah,murah rezki btol aku bulan lepas.Hari ni dah 1 Okt.Anuar dah kuar kerja.Nak fokus kerja plak.Badan aku pun dah ok sikit.Jadi aku dah start buat kerja umah sikit2 yg ringan2 mcm basuh baju(guna mesin lah yer),jemur baju,mandikan baby n akhil,basuh pinggan,lipat baju, kemas umah....(ringan sungguh kerja aku ni).Bukan Anuar tak tolong,dia sangat membantu tp kdg2 aku tak puas hati.Hehehhe...cthnya cara aku lipat baju ngan anuar lipat sgt berbeza.Jadi aku suka buat sendiri.

Selain kerja2 di atas antara kerja yg paling kerap aku buat ialah MENYUSU BABY.Orang kata baby boy kuat menyusu.Aku tak tau la plak sbb dulu pun boy jugak.Rasa sama jer.Kena rasa dapat baby girl plak.Hihihih....Cakap bab menyusu ni,ramai sangat ibu2 muda ( terutama kawan2 sekeliling aku) yg tidak menyusukan anak mereka.Pelbagai alasan yg diberikan.Alasan yg paling glamer SUSU TAKDE,BABY TAK NAK,BABY TAK TAU ISAP & mcm2 lah.Aku rasa sangat sedih kepada ibu2 yg tidak menyusukan anak mereka.Mmg menyusu ni pada mulanya agak kekok,tetek sakit,tetek jadi besar (kurang cantik la kan kononnya)tp plss la tolong menyusu anak sendiri.Feelnya tak terhingga nanti.Anak pun akan lebih sihat dan tahanan badannya lebih kuat.Bagi susu botol mmg senang tapi aku perhatikan baby yg minum susu formula ni tahanan badannya agak kurang.

Ada satu kisah tu,masa aku buat check up Akhil dulu masa dia kecik2,ada doctor tu tanya sorang minah ni."awak menyusu anak awak tak? Minah tu jawab "tak" sbb susu takde.Doctor tu terus marah.Dia kata " mana ada seorang perempuan yg baru melahirkan anak takde susu,mesti ada.Antara nak kuar atau tak jer.Lidah bayi tu bagii rangsangan.Bagi jer.Lama2 ada la" kata doctor tu.Marah btol doctor tu dalam hati aku.Kalau nak ikutkan doktor tu boleh jer buat tak kisahkan tapi dia tau susu ibu ni sangat bagus tu yg dia sangat marah tu pada ibu2 yg tak menyusukan anak sendiri.
Ada lagi kisah yg aku tak boleh terima.Alasan tak nak menyusukan anak sbb anak taknak.Eh2,baby yg baru kuar pandai memilih pulak ekk.Macam mana baby bleh memilih antara susu ibu ngan susu formula kalau si ibunya tidak bagi susu formula.Jgn mudah give up.bagi sahaja.baby yg baru lahir boleh bertahan tanpa susu selama 3 hari.InsyaALLAH hidupnya.Tapi pengalaman aku sehari bagi isap akan ada susu tu.Ok2 aku stop dulu.Ali dah start mennagis.Tibalah tugas aku menyusukan anak.Ini kerja yg paling kerap aku buat sepanjang pantang nih.1 jam sekali.Kadang2 tak sempat nak pam.Wassalam...

p/s: Kepada ibu yg mahu menyusukan anak tapi mmg susu kurang atau tak reti sangat dialu alukan pergi kelas menyusukan bayi.Sekarang kat klinik2 dah banyak buat program ini dan untuk ibu yg kurang susu ADALAH TERBAIK ANDA MINUM HERBALIFE.TESTIMONI DIRI SENDIRI DAN RAMAI ORG SUSU MMG BANYAK DAN SUSU YG BERKUALITI.CUBA2 JGN TAK CUBA.TQ.