Sunday, April 26, 2009

Berusaha menjadi super mum

huhuhu...skang ni aku mmg blaja menjadi super mum.rutin aku dah berubah skang.tade lagi masuk opis 9-6 ptg.skang aku ada tanggungjawab yg lebih berat.aku dah decide untuk buka mini nutrition club ngan kakak aku kat giant terengganu.skang dah 26 hari nutrition club kitaorang beroperasi. So far alhamdulillah.Respons sungguh memberangsang kan.Kadang kala ada hujannya,kadang kala ada ributnya.Biasa la tu adat berniaga.

Oleh kerana fokus aku skang lebih kepada kerja namun akhil aku tak pernah abaikan.Alhamdulillah skang ni dia dah behave.Ngan mak aku dia dah bleh ikut.Kalau masuk giant pg,ptg aku mesti balik spend time ngan dia.Skang pun akhil dah pandai mengira.Dah pandai cakap.Lega sikit aku.Kalau hilang barang tanya la dia.Mmg pandai menyorok barang.Kalau tak tanya dia jenuh kita cari.Tak kan jumpanya sbb tmpt menyorok dia tak disangka-sangka.Luv u akhil.Eeee mama sangat geram ngan awak nih.

so aku skang kena jadi supermum la.Anak tak terabai dan bisnes berjalan dengan lancar.Sebab dulu sebelum aku berenti dari tempat kerja lama aku dapat kata-kata keramat yg zaman skang ni kalau nak jadi housewife kena berdikari.kalau tak akan jadi susah.terima kasih kepada yang memberi kata-kata keramat tu.

Nanti ada masa aku uploadkan gambar mini nutrition club kami.Syok gak la buat bisnes kat trg ni sbb org trg ramai yg gemuk2.( Nak buat macam mana org terengganu sarapan jer dah macam makan tghari ).Hehehehe.....

Ok,tunggu update akan datang ekk.

Monday, April 13, 2009

Apa sarapan anda pagi ini?

Apa sarapan anda pagi ini? Haa tu la kata-kata keramat aku duk guna hari2 kalau jumpa org.Just nak share dengan korang sumer.Ada 2 jawapan yang biasa aku dengar kalau tanya soalan ni.Orang kita kalau tanya soalan ni. Pertama " saya tak sarapan" dan yang kedua "sarapan dan makan benda2 yg karbohidrat".
Tetapi tahukah anda bahawa jika kita tidak mengambil sarapan pagi, berat badan akan bertambah dan berisiko untuk mendapat penyakit jantung di kemudian hari.Kajian terbaru mendapati, Individu yang tidak bersarapan pagi selama 2 minggu akan mengambil makanan dengan lebih banyak di tengahari dan malam. Hasilnya kadar kolesterol LDL (bad cholesterol) akan meningkat dan kepekaan kepada hormon insulin akan menurun berbanding kepada mereka yang mengambil sarapan pagi.

Kadar kolesterol yang tinggi dan gangguan kepekaan insulin merupakan faktor risiko utama untuk mendapat penyakit jantung, kencing manis dan rosak organ di kemudian hari.Setiap pagi kita boleh panaskan enjin kereta tp kenapa kita nak skip sarapan pagi.Dalam Islam pun kita disunatkan sahur sebelum puasa.

Saya pagi-pagi lagi ambil segelas shake Herbalife.Bukan saya jer sekarang ni,tp seisi keluarga termasuk my handsome boy Akhil.Dia sangat2 suka perisa coklat ngan strawberry.Dah hampir setahun aku sarapan dengan Herbalife.Dulu berat aku 64kg selepas lahirkan Akhil, sekarang dah 50 kg,dulu aku ada sakit2 kaki bila bgn pagi.Sekarang dah tade dah, dulu aku ada masalah sembelit,skang dah tade dah.Semua ni aku dapat tak sampai 4 bulan menggunakan produk ini.Alhamdulillah.Ramai kawan2 tanya tak jemu ker,aku jawab balik kita duk makan nasi hampir 20 tahun tak jemu ker.Ok jer pun kan.

Dulu aku tak pernah pun nak jaga kesihatan sangat.Nak jaga badan atau diri sangat.Tak kisah pun. Nak makan apa pun hentam jer.Tapi bila dah ada family sendiri,ada anak rasa kesihatan tu sangat2 berharga. Kalau kita sakit sapa nak jaga famili kita,sapa nak jaga anak2 kita yg comel tu kan. Lagi satu aku suka sarapan ngan herbalife ni sbb sedap.Hari2 aku create resepi sendiri supaya tak jemu atau muak.Ramai tak minum dgn alasan muak.Kalau btol2 serius muak macam mana pun cari la jalan supaya boleh telan.Herbalife mengandungi pelbagai nutrien yang diperlukan oleh badan. Anda pula bagaimana?

Sunday, April 12, 2009

Now i'm fulltime housewife and independent herbalife distributor

Lama btol aku tak update diri aku dlm blog nih.Haa skang aku nk update sikit. Berkuatkuasa 1 April ari tu dgn rasminya aku telah menjadi fulltime housewife dan pengedar sepenuh masa HERBALIFE.

Tugas2 harian aku skang :-
* Pengasuh Akhil sepenuh masa
* Monitor booth HERBALIFE kakak aku di Terengganu
* Jalan-jalan cari makan
* Gi training HERBALIFE setiap hujung minggu
* Tolong org jadi sihat

Huhuhu....totaly berubah rutin harian aku. Mula2 rasa janggal gak tp skang mcm ok jer.Sebelum aku decide nk resign aku mmg cari back up untuk pendapatan.Aku tak nak la harap 100% duit dr husband.Nak gak pegang duit sendiri untuk diri aku.Betul kan.
So aku decide utk jadi pengedar yang sah untuk HERBALIFE.Kenapa aku decide nk buat HERBALIFE, satu jer alasannya sbb SIMPLE,FUN,AND MAGICAL.Dan paling utama produk ni berkesan pada diri aku dan seluruh keluarga aku.