Thursday, October 6, 2011

Antara Hospital Swasta @ Kerajaan?

Assalamualaikum w.b.t,

Alhamdulillah hari ni genap 3 minggu usia Ali dan dah 3 minggu aku berpantang.Badan pun dah segar dan bugar.Tadi Presiden Team datang visit aku dan baby di rumah.Sungguh bangga dan terharu plak rasanya.Thank you Kak Kamilah & Abg Ayob.Sangat hargai kedatangan anda berdua.Datang dari Bangi plak tu.Bukannya dekat.Jauh jugak tuh.Tq2.Sangat hargai di tambah dengan hadiah yg sangat cute dan supplement HBL dari Korea untuk aku kasi lebih sihat lagi.Alhamdulillah dengan rezki ini.

Untuk orang bukan Herbalife, Presiden Team level yg income dia dah 70k -100 k sebulan.Dahsyat kan.InsyaALLAH suatu hari nanti masa aku akan tiba.

Duk ngan Kak Kamilah tadi borak la pengalaman beranak ngan dia.Antara citernya pasal bersalin hospital mana? Aku citer la bersalin Hospital Pusrawi.Syok jawapan darinya.Kata Kak Kamilah bagus2 bersalin kat hospital swasta boleh pilih doktor.Bersalin la dengan doktor perempuan.Sejuk aku dengar sbb sebelum ni ada hamba Allah ( dlm keluarga sendiri plak tu) kata " kenapalah hang ni Meah (panggilan aku dlm famili)bersalin hospital mahal2 baik duit hang tu buat benda lain.Hospital kerajaan RM24 sahaja.Sekarang siap dapat bilik wad yg bagus lagi kat kerajaan.Aku senyap jer lah sbb famili punya pasal.Jaga hati.

KALAU HOSPITAL KERAJAAN AKU BOLEH PILIH DOKTOR PEREMPUAN DAN SUAMI BOLEH MASUK AKU RELA,TAPI KALAU DOKTOR PUN TAK BOLEH PILIH PASTU SUAMI PLAK TAK BOLEH MASUK LABOR ROOM BAIK AKU SPEND DUIT AKU UTK BERANAK HOSPITAL SWASTA.TAK SANGGUP AKU BERANAK DAPAT DOKTOR LAKI2.
Tapi dalam hati " bukan soal duit la,( sila imaginekan yer kepada wanita2 yg pernah bersalin,anda beranak doktor laki2,sikit2 nak cek "bawah tu"..tak rela aku....

Sebut pasal duit.Buat apa la nak spend duit ke arah lain kalau bukan untuk diri sendiri.Cth aku nak beranak bukannya tiap2 tahun.Ni 4 tahun sekali.Nak la servis yg terbaik.Ni sama la jugak yg selalu bagi alasan HBL mahal tapi leh beli perabot,beli barang kemas sampai dua2 tangan pakai,baju mahal2.Padahal HBL ni utk tubuh badan sendiri.Badan ni tak ternilai nilainya.Ke badan awak takde nilai?

Aku faham,kadang2 org takde pilihan gi jugak hospital kerajaan.Takpe kalau yg tak mampu.Yg mampu tu pilih lah yg terbaik.Sekurang-kurangnya kita boleh kurangkan pengguna hospital kerajaan.Jadi kurang sesaklah hospital kerajaan tu yg sememangnya sesak.Tapi aku respek ngan sorang member aku nih.Dia surirumah jer.Suami kerja polis.Berusaha menabung semata-mata nak isteri tersayangnya bersalin di hospital swasta kerana mahu doktor wanita yg menyambut bayi mereka nanti.Respeklah kat dia ni.Siap boleh bagi isteri makan HBL tiap2 bulan.

Ni namanya kalau mahu seribu daya,kalau tak mahu seribu dalih.Betul tak? Buatlah pilihan yg terbaik dalam hidup anda terutama untuk diri sendiri.Hidup ni sekali jer.Ke ada yg dapat hidup 2 kali mcm kat filem2 tuh.Kepada kawan2 di luar sana mari kita sama2 menjaga kesihatan tubuh badan kita.Makanlah makanan yg betul setiap hari dengan kuantiti yg betul.Salam :)

Saturday, October 1, 2011

Susu Ibu sangat Bagus tp kenapa masih ramai tidak menyusukan anak mereka?

Assalamualaikum wbt,

Hari ni dah 16 hari usia Wan Ali Hayy.Jadi dah 16 hari aku berpantang.Minggu pertama mak aku dtg jaga.Minggu kedua mak mertua dtg jaga.Alhamdulillah,murah rezki btol aku bulan lepas.Hari ni dah 1 Okt.Anuar dah kuar kerja.Nak fokus kerja plak.Badan aku pun dah ok sikit.Jadi aku dah start buat kerja umah sikit2 yg ringan2 mcm basuh baju(guna mesin lah yer),jemur baju,mandikan baby n akhil,basuh pinggan,lipat baju, kemas umah....(ringan sungguh kerja aku ni).Bukan Anuar tak tolong,dia sangat membantu tp kdg2 aku tak puas hati.Hehehhe...cthnya cara aku lipat baju ngan anuar lipat sgt berbeza.Jadi aku suka buat sendiri.

Selain kerja2 di atas antara kerja yg paling kerap aku buat ialah MENYUSU BABY.Orang kata baby boy kuat menyusu.Aku tak tau la plak sbb dulu pun boy jugak.Rasa sama jer.Kena rasa dapat baby girl plak.Hihihih....Cakap bab menyusu ni,ramai sangat ibu2 muda ( terutama kawan2 sekeliling aku) yg tidak menyusukan anak mereka.Pelbagai alasan yg diberikan.Alasan yg paling glamer SUSU TAKDE,BABY TAK NAK,BABY TAK TAU ISAP & mcm2 lah.Aku rasa sangat sedih kepada ibu2 yg tidak menyusukan anak mereka.Mmg menyusu ni pada mulanya agak kekok,tetek sakit,tetek jadi besar (kurang cantik la kan kononnya)tp plss la tolong menyusu anak sendiri.Feelnya tak terhingga nanti.Anak pun akan lebih sihat dan tahanan badannya lebih kuat.Bagi susu botol mmg senang tapi aku perhatikan baby yg minum susu formula ni tahanan badannya agak kurang.

Ada satu kisah tu,masa aku buat check up Akhil dulu masa dia kecik2,ada doctor tu tanya sorang minah ni."awak menyusu anak awak tak? Minah tu jawab "tak" sbb susu takde.Doctor tu terus marah.Dia kata " mana ada seorang perempuan yg baru melahirkan anak takde susu,mesti ada.Antara nak kuar atau tak jer.Lidah bayi tu bagii rangsangan.Bagi jer.Lama2 ada la" kata doctor tu.Marah btol doctor tu dalam hati aku.Kalau nak ikutkan doktor tu boleh jer buat tak kisahkan tapi dia tau susu ibu ni sangat bagus tu yg dia sangat marah tu pada ibu2 yg tak menyusukan anak sendiri.
Ada lagi kisah yg aku tak boleh terima.Alasan tak nak menyusukan anak sbb anak taknak.Eh2,baby yg baru kuar pandai memilih pulak ekk.Macam mana baby bleh memilih antara susu ibu ngan susu formula kalau si ibunya tidak bagi susu formula.Jgn mudah give up.bagi sahaja.baby yg baru lahir boleh bertahan tanpa susu selama 3 hari.InsyaALLAH hidupnya.Tapi pengalaman aku sehari bagi isap akan ada susu tu.Ok2 aku stop dulu.Ali dah start mennagis.Tibalah tugas aku menyusukan anak.Ini kerja yg paling kerap aku buat sepanjang pantang nih.1 jam sekali.Kadang2 tak sempat nak pam.Wassalam...

p/s: Kepada ibu yg mahu menyusukan anak tapi mmg susu kurang atau tak reti sangat dialu alukan pergi kelas menyusukan bayi.Sekarang kat klinik2 dah banyak buat program ini dan untuk ibu yg kurang susu ADALAH TERBAIK ANDA MINUM HERBALIFE.TESTIMONI DIRI SENDIRI DAN RAMAI ORG SUSU MMG BANYAK DAN SUSU YG BERKUALITI.CUBA2 JGN TAK CUBA.TQ.

Monday, September 26, 2011

Antara petua yg aku dapat sepanjang pantang.

Syok jugak berpantang kali ni.Mcm2 petua aku dapat.Ada yg aku rasa boleh terima,ada yg aku rasa pelik dan kelakar.Antaranya:)

1. Nak kasi payudara tak bengkak susu - letak kobis.(lagi bagus kalau muat2 dgn saiz payudara kita)...hehehhe lawak gak.Aku try gak.Syok gak.Sejuk jer.
2. Nak kasi susu banyak - sikat tetek (senang guna istilah ni lah yer).
3. Minum kopi banyak untuk susu banyak (ni aku tak boleh terima)
4. Mandi dgn daun pandan - buang angin (ni aku suka,bau wangi sangat).

Banyak lagi petua nak share.Tapi kekeringan idea + ngantuk.Nanti share lagi lah.Bye...

Saturday, September 24, 2011

Cabaran berpantang dan ada anak yg lain

Dulu masa berpantang anak sulong.Jadi kalau tinggal kat umah tu ngan baby jer.Suasana rumah pun sunyi jer.Baby tido kita pun tido.Tapi sekarang aku berpantangkan Ali,Akhil dah 4 tahun.Kalau Ali tido aku pun rasa nak tido jugak (penat berjaga malam,siang terasa nak tido la).Tapi tak boleh nak tido sangat pun sbb melayan kerenah Akhil plak.Seminggu pertama mak ada kat KL jaga aku.Tapi sekarang mak pun dah balik Trg.Jadi aku kena menjaga diri sendiri la.Anuar pun dah start aktif kuar kerja semula (agak2 la nak rest kat umah jer kan,Caribbean tak finish lagi nih).

Antara cabaran yg kadang2 buat aku hilang sabar atau geram jer...Akhil ni kuat tgk ultraman jadi dia akan berlakon seolah-olah dia tu ultraman.Jadi time ni la Ali akan terjaga.Kalau main sorang2 tape,nanti dia ajak aku tgk dia (aku ni plak syok nak landing dalam bilik),nak itu,ini (time aku tgh baring,dah la jahitan tu tak brapa baik lagi,bangun pastu baring,baring pastu bangun buat aku rasa sakit) tapi apa2 pun sabar jer.Pikir budak mmg macam tu.Tu la cabaran org kata.Macam mana la yg beranak dan ada anak kecik2 lagi 2,3 org kat atas.Lagi besar cabarannya kan.

Semalam last day mengurut dengan Kak Umi ( tukang urut yg terbaik pernah aku jumpa),mmg rasa badan ni fresh sangat.Sekali urut 3 jam.Syok btol.Dan Alhamdulillah sepanjang 3 jam Ali tido jer.(Ali kasi peluang mama merehat dan membaiki badan semula).Kak Umi tu cakap urat aku ni dah banyak sangat lari2.Mmg la,masa aku teran baby kuar tu aku tarik kuat2 besi kat kaki tu.Last2 tangan rasa lenguh sangat2.Pastu dukung baby lagi nak menyusu bertambah lenguhlah tangan kanan aku nih.Ali ringan jer.2.97 kg sahaja tapi kalau dukung boleh rasa padat badan dia.Terasa lenguh jugak la dukung Ali nih (jgn komplain Rafiah,tak baik)...***INSAF JAP***

Sebut pasal Ali,ada gak sesetengah org yg bagi komen Ali nama anak ko (tade nama lain ker,mcm nama kg)...hello ALI ni sempena nama sahabat Rasullah yg paling Rasullah sayang tau.Baca sikit sejarah Saidina Ali tu.Mula2 mmg aku nak namakan Alif Alexzander.Alexzander sempena Iskandar Zulkarnain.Tapi bila baca sejarahnya macam ada yg kabur2 sikit.Jadi aku dan Anuar decide untuk tidak menggunakan nama itu.Cari punya cari last2 kami berdua setuju WAN ALI HAYY.HAYY sempena nama abgnya WAN AKHIL HAYY.Lagi satu aku mmg nak cari nama yg org panggil takkan pendekkan dah (klu yg pendekkan Ali jadi Li esok lusa tak tau la aku,Ali ni dah cukup pendek dah bagi aku)

Walaupun cabaran berpantang ni ada tapi aku cukup bersyukur dikurniakan 2 orang anak lelaki.Ada org tade anak tau diusia macam aku ni.Ya Allah next year aku dah 31 tahun.Cepatnya masa berlalu.Bila la plak dapat next anak yer (doa next girl plak).Eeee lapar plak perut aku nih.Hari2 minum shake,makan biskut cicah milo,nasi bubur,ikan haruan (rindu nak makan mee hoon,lemang n rendang..yum2...)

Cari makanan dululah.Bye....

Tuesday, September 20, 2011

Antara Doktor Kata dengan orang tua kata

Assalamulaikum wbt,

Syok la berpantang kali ni.Dulu ceaser jadi sakit sangat.Sekarang alhamdulillah aku berjaya melahirkan adik akhil secara normal.Memang dah set dalam minda nak normal jugak kali nih.(Baru rasa sakitnya nak beranak ni kan,nak push baby kuar tu bukan senang kan).Sebut pasal push baby kuar ni mcm2 kata2 semangat yg aku dapat dari my husband,nurse dan doktor."Teran kak,teran mcm teran berak keras,(nurse kata),syg boleh2,bygkan muka akhil.sakit sekejap jer nanti dpt ank yg comel mcm akhil (anuar kata),u teran rafiah tarik nafas pjg2 tahan nafas dan teran.simpan nafas 30 saat.jgn lepas nafas kuat2.nanti anak u masuk balik (doktor kata,doktor kena lah garang sikit kan).Hasil kata2 semangat tu,aku teran sekuat hati.Alhamdulillah my new baby boy selamat dikeluarkan.

Baby dah selamat.Turn kena jahit plak.Alamak ni yg aku tak syok tu.Ngilunya rasa.Tapi doktor ni jahit mcm releks jer.Mcm jahit baju pun ada aku tgk.Sakit mmg sakit tapi bila tgk muka baby awak,awak akan rasa mcm2 rasa,terharu,gembira,seronok dan mcm2 lah.Yg pernah bersalin paham la apa yg aku maksudkan nih.Yg tak beranak lagi,tunggu jer lah yer.

Selesai semua,aku pun dimasukkan dalam wad.Dalam wad tu mula lah berkenalan ngan rakan2 sebelah.Bilik single full.(hebatlah pusrawi,wad bersalin full).Perkara yg menarik duk wad ni mula lah berborak-borak.Biasalah akan berborak pasal pantang punya.Antara yg aku nak share berkenaan org tua kata ngan doktor kata:-

Doktor kata: Jgn makan pisang banyak sangat nanti sembelit.
Org tua kata: Makan la pisang senang nak berak.

Doktor kata: Tak yah la bertungku-tungku ni.Kasi rahim awak kecut secara semulajadi.
Orang tua kata: Tungku la kasi cepat kecut.Cepat kecut bagus lah.Tak sakit lama sangat.

Doktor kata: Minum banyak air sbb awak menyusukan baby.
Orang tua kata: Jgn minum air banyak sangat nanti sembab kaki la,apa la.

Doktor kata:Ayam boleh makan.
Orang tua kata: Jgn makan ayam,nanti luka lambat sembuh.

Doktor kata: Makan banyak sayur2,fiber dan protein untuk membekalkan badan yg sihat.
Orang tua kata: sayur yg sejuk2 tak boleh,telur tak boleh nanti gatal kat tmpt luka.
Aku kata dalam hati : Aku telan shake jer.Semua dah ada.Lagi senang.hihihihi...

P/S: Apa2 pun yg rasa logik kita gunapakai.Yg tak logik jangan guna.Tapi berpantang ngan shake HBL sangat2 disyorkan.Susu ibu jadi sangat byk.Ibu bertenaga dan luka cepat sembuh.Senang nak disediakan dan sedap.










Orang tua kata:

Monday, September 19, 2011

I'M BACK!

Assalamualaikum wbt kpd semua yg membaca blog saya ni.Hehe..i’m back! Rasanya ini ayat yg terbaik nak start semula menulis blog.Hampir 2 tahun meninggalkannya sbb duk bz dgn FB sahaja. Kenapa nak start balik? Rasa byk nak sharing ngan kawan2 kat luar sana citer2 yg menarik,pengalaman yg menarik ( bukan nak menunjuk-nunjuk tapi nak tunjuk shj )

Apa yg berlaku dalam 2 tahun ni.Masih dalam Herbalife (alhamdulillah makin maju), dah pindah umah (mmg dr dulu pikir nk pindah umah sbb umah atas bukit sgt(skang pun atas bukit gak,saja galok sikit nk pindah,hihih..nak rasa feel umah baru sebenarnya),dan yg paling best aku dah jadi ibu kepada 2 org anak lelaki.Alhamdulillah.Syukurrrrrrrrr sgt.Muka mcm Akhil.Nama baby baru ni Ali(semoga akhlaknya mcm Saidina Ali a.s. Umur baru 3 hari utk hari ini.Sgt comel dan cute (semua baby comel n cute kan).

Ali lahir di Pusrawi Jalan Tun Razak.Servis yg cekap,nurse yg cekap dan segala-galanya aku bagi "A".Mmg bagus.Sgt selesa melahirkan ank kat sini.Thanks to Asmah Yun.Doktor yg menyambut Akhil n Ali.Akhil dulu di Damai Hospital.Bila aku tau jer pregnant lagi terus call Damai nak booking Asmah Yun.Tapi Dr Asmah dah tukar pergi Pusrawi.Aku pun pilihlah Pusrawi. ( masa tu terpikir jauh jugak,dah lah jalan sana selalu jem,camner ekk klu nak terberanak dan jalan jem…haa law of attraction,duk pikir gitu mmg aku kena.Masa nak lahirkan Ali aku sangkut dlm jem 1 jam tambah ngan hujan.Masa tu duk pk aku ni nak terberanak dlm ketar ke.Tahan sakit la dalam ketar.Tp alhamdulillah selamat sampai hospital.Thanks to my husband berjaya tempoh jem tu dgn pelbagai cara.Sampai2 jer hospital darah dah kuar.

Masuk labor room pukul 6 ptg,pukul 11.05 pm Ali dilahirkan setelah setengah jam push. Ingat boleh tahan tunggu pukul 12.00 mlm nak pilih tarikh 16 Sept.Hari Malaysia.Tapi tade rezki.Ali lahir 15 Sept.(tp tarikh ni lagi best sbb 15 Sept kami dlm HBL dapat royalti).Lagi best bulan ni royalti kami sgt bermakna.Dapat Ali.Alhamdulillah kali ni aku dapat melahirkan baby secara normal.Sepanjang nak tunggu bukaan setiap cm tu,hanya Allah yg tahu sakitnya..Aduhhhhhh…..(masa ni Anuar bancuh shake kasi minum,bancuh tea kasi minum..mcm2 dia buat kasi boleh tahan sakit.Thank sayang.Sebenarnya banyak sgt nk share pengalaman bersalin kali ni.Next time ada masa sambung lagi.Nak share pada yg belum pernah bersalin lagi sebenarnya.Ok,permisi dulu.bye…Salam 