Thursday, December 11, 2008

Thinking to move out from PESONA VILLA

Kejadian tanah runtuh tu betul2 buat aku rasa risau sbb umah aku pun atas bukit. Rasa macam nk pindah.Tp kaw Melawati ni mmg tak banyak umah kawasan tanah rendah. Tu sbbnya byk pembinaan kawasan tanah tinggi sbb tanah rata dh tade. Tp pk2 balik aku sayang umah tuh. Umah tu best, privacy, sejuk, jiran tetangga yg baik, bersih, dan yg paling sonok mak yam duk situ.Nanti klu pindah Akhil nk duk ngan sapa?

Akhil dh suka duk ngan Mak Yam tu dan aku pun selesa ngan Mak Yam. Pikir punya pikir aku rasa aku stay je kot kat situ.Selamat insyaALLAH Anuar kata. Mak Yam pun cakap macam tu. Bukit kita bukit yg besar dan rata. Bukan puncak. Aku dgr sumer tu rasa lega sikit. Anuar kata alang-alang nk pindah dia nak balik Kedah. So not now lah klu nk pindah. Aku nk duk KL lagi.

Wednesday, December 3, 2008

Anak Anugerah Allah s.w.t

Pagi tadi bangun tido rasa liat sangat. Sbbnya duk bergalok dgn Akhil atas katil.Pg2 klu buka mata tgk dia uiskhh hati pasti terusik. Kadang2 klu dia manja sangat duk golek2 ngan mama dia.Tak pun abah dia. Mlm anak mama, siang anak abah. Tp pg td anak mama. Tak nak kat abah dia. Ntah la.

2,3 hari ni Akhil macam jatuh cinta sikit. Mengelamun jer. Tgk mama senyum2. Suka pandang tingkap.Ke sbb Kanita nak balik Bosnia dah. I will miss you Kanita. ( Kanita ni budak Bosnia umur 3 tahun duk ngan umah pengasuh sama ngan Akhil ). Sangat comel budak ni. Dah nk balik kg. Sbb mak dan ayah dia dah habis master kat UIA.

Btol la org cakap anak ni pengikat kasih sayang suami isteri. Sekarang klu gaduh ngan Nua ke mesti tak lama punya sbb ada Akhil.Nak majuk lama2 pun tak jadi sbb anak. Hihi...kelakar plak rasanya. Tak sangka aku dah ada nak. Sungguh menghiburkan.
Akhil ni klu aku masuk mandi cepat2 ikut gak.Suka la tu mandi ngan mama dia. Kalau aku blend shake nak minum cepat2 dia dtg nk pegang gak blender tu.Kalau tak nangis. Kalau kentut cepat2 tgk mama dia,kononya buat tak kentut la. kalau aku tgk tv dia main2 tv tu.Kalau abah dia buat keja kat komputer cepat2 nk duk atas kusi gak. Macam2 skill dia tunjuk dr hari ke sehari.Sungguh menceriakan aku. Aku doakan moga Akhil menjadi anak yg baik2 dan soleh. Aminnn..

Sapa2 yg ada anak saya pun mendoakan semoga anak2 korang membesar dengan sihat dan menjadi anak yg soleh/solehah. Mereka semua ni bakal pemimpin. Sebagai pemimpin kena sihat. So amallah minum sarapan abad ke 21 itu. : )Nak tahu lebih lanjut sarapan tu boleh Ym saya rafiah_mmu@yahoo.com atau hubungi 012-2578382 ( Anuar ).

Buku Biografi Nabi Muhammad s.a.w

Buku ni Anuar beli dah lama dah.Kononnya nak habiskan masa tgh berpantang la.Tp tangguh punya tangguh sampai ke hari ni tak sentuh2. Tp macam mana ntah sekarang terbuka plak hati nak baca buku nih. Walaupun tak habis lagi tapi rasa sungguh menarik dan membuatkan rasa nak terus membaca. Hati ni rasa sungguh tersentuh dgn perjuangan Rasullah s.a.w. Dan diri ini sungguh rasa bersalah dengan apa yg telah dilakukan. Kita kata Rasullah pesuruh Allah s.w.t tp adakah kita btol2 mengikut sunnah baginda.

Perjuangan baginda untuk menyebarkan Islam sungguh besar. macam2 dugaan dan ujian yg baginda hadapi. Sungguh penyabar! Dalam 10 tahun menyebarkan Islam hanya 70 org shj yg memeluk Islam di dalam Mekah. Namun hari ini sungguh ramai umat Islam yg ada. Tetapi org islam hari ini samakah dengan dulu. Tanyalah pada diri masing ( termasuk diri aku sendiri ) Buku ini btol2 buat aku bertambah menyintai agamaku, dan menghargai perjuangan Nabi Muhammad s.a.w. Aku pohon padaMu Ya Allah semoga suatu hari nanti aku menjadi seorg umat islam yg solehah. Aku ingin ke arah itu sedikit demi sedikit.

Kepada kawan2 aku syorkan korang bacalah buku ini. Bahasa buku ini sungguh senang untuk di fahami.Penulis buku ini adalah Zulkifli Mohd Yusoff. Cover buku ini warna biru. Cari la kat MPH. InsyaALLAH ada. Ok selamat membaca.

Monday, December 1, 2008

Sarapan Abad ke 21 di Malaysia - Nutrisi Selular

Alhamdulillah Akhil dah tido. Awal juga dia tido mlm ni.Penat la tuh.Sepanjang hari gedik santai sangat Mak Yam cakap. Malam tido la.Kepenatan. Thanks ekk Mak Yam tolong jaga anak saya. Alhamdulillah Mak Yam ni pengasuh yg baik so far yg aku jumpa. Tadi br je chating dgn Fara ( my best friend ), rindu gak kat dia.Businesswoman mmg camtu.Bz memanjang. Tapi ingat Fara kesihatan perlu di jaga. Haa sebut pasal kesihatan aku nak share sikit sarapan abad ke 21 yg aku duk amek hampir 1 tahun nih.

Alhamdullillah aku dan Anuar telah diperkenalkan dengan nutrisi ini sudah hampir 1 tahun. Formula Nutrisi selular (khas design for sel badan kita) yg luar biasa ini sungguh merubah hidup kami sekeluarga. Anuar berjaya membuang lemak dr badannya sebanyak 33 kilo 
(wowww amazing)...dan aku dapat balik bentuk asal bdn lps lahirkan budak bujang yg comel tuh. (muahhh mama sayang akhil). Ramai kawan2 yg terdekat tanya, asal la aku ngan Nua ni duk minum lagi sarapan yg luar biasa tu walhal kami dah dapat bentuk badan yg kami nak. Aku senang je jawab, aku masih minum sbb KESIHATAN & KEBUGARAN


Apa la breakfast kita yg ada di sekeliling kita yg boleh di mkn di awal pagi yg memenuhi keperluan nutrisi. Mungkin boleh la nak buat sendiri.Tapi nk buat dan masak sendiri setiap hari ada masa & kemampuan ke... Aku pilih mana yg senang dan terbaik.Sbb nk buat sarapan ni 2 minit jer ( mcm masak maggi la..cuma maggi not good la for your body). 

Hasil dr sarapan yg luar biasa ni aku rasa lebih bertenaga, fresh, dan kurang mengantuk di tempat keja ( klu tak dulu lepas pekena nasi lemak kedai sri intan tu mesti rasa nak tido jer walaupun tak tengahari pun lagi ) Dan paling bonus, dpt kekalkan berat badan ideal, tanpa perlu risau  nak makan makanan yg digemari. 

Tadi kakak tepon cakap abg long masuk hospital sbb sakit perut. Haa ni la, aku dh banyak kali cakap. Tp degil. Bukan suh beli nutrisi ni pun tp jaga PEMAKANAN sendrik. Skang dh jd mcm ni br nak kelam-kabut tanya. Tapi takpe, ailong ( panggilan org champa untuk abg long )masih belum terlambat.Ubahlah cara pemakanan.Tolong la makan makanan yg lebih seimbang & bernutrisi. Jgn la duk minum air gas lg, minum byk air masak yg paling terbaik. Nanti sakit sapa yg susah.Sian la kat anak2 yg masih memerlukan diri kita. So ailong pun skang mulalah makan sarapan abad yg ke 21 nih. 

Thanks Allah sbb buka hati ailong aku ni utk jg kesihatan dia. Moga2 dia berjaya jg kesihatan dia.

APA SARAPAN ABAD KE 21?
Sarapan Abad ke 21 ni dah lama di pasaran dunia. Dah lebih 28 tahun. Cuma baru masuk Malaysia dekat 3 tahun je ( Januari 2009 ini ), hampir lebih 60 juta pelanggannya yg berpuas hati & bersarapan dgn hidangan yg super delicious nih( ni tak masuk aku ngan nua lagi nih ),dah masuk 70 negara, syarikat ni tersenarai dlm bursa saham new york (NYSE), dan yg pasti dia sangat sedap!!! David Beckham pun minum gak tau.. hehe lets have a breakfast like a pro does!

So nak tau lebih lanjut...next post. Nak mengemas umah lak sementara anak bujangku tido.

p/s: 
Always think back, manusia ni Allah jadikan dah sebaik2 kejadian, sampaikan malaikat pun mencemburui kita.. tetapi kalau melihatkan manusia hari ni yg 60% nya overweight, lebih 10000 heart problems, stroke 300% increase every year, 3.1 million diabetec & many more probs.. adakah malaikat akan mencemburui kita kalau macam ni punya gaya..?

Asal penciptaan kita adakah untuk sakit atau untuk sihat?

Kita kena makan Halal & Taiyyiban (Halal dan membawa kebaikan) so.. bak kata Nabil "Lu pikir la sendrik".. mana yg baik mana yg kurang baik.. Kita kena amanah kpd anugerah Allah ni, jgn menzalimi diri kita dgn menambah risiko mati muda, sakit kronik & rosak organ.

Lets live life to the fullest! iAllah ;)