Thursday, October 6, 2011

Antara Hospital Swasta @ Kerajaan?

Assalamualaikum w.b.t,

Alhamdulillah hari ni genap 3 minggu usia Ali dan dah 3 minggu aku berpantang.Badan pun dah segar dan bugar.Tadi Presiden Team datang visit aku dan baby di rumah.Sungguh bangga dan terharu plak rasanya.Thank you Kak Kamilah & Abg Ayob.Sangat hargai kedatangan anda berdua.Datang dari Bangi plak tu.Bukannya dekat.Jauh jugak tuh.Tq2.Sangat hargai di tambah dengan hadiah yg sangat cute dan supplement HBL dari Korea untuk aku kasi lebih sihat lagi.Alhamdulillah dengan rezki ini.

Untuk orang bukan Herbalife, Presiden Team level yg income dia dah 70k -100 k sebulan.Dahsyat kan.InsyaALLAH suatu hari nanti masa aku akan tiba.

Duk ngan Kak Kamilah tadi borak la pengalaman beranak ngan dia.Antara citernya pasal bersalin hospital mana? Aku citer la bersalin Hospital Pusrawi.Syok jawapan darinya.Kata Kak Kamilah bagus2 bersalin kat hospital swasta boleh pilih doktor.Bersalin la dengan doktor perempuan.Sejuk aku dengar sbb sebelum ni ada hamba Allah ( dlm keluarga sendiri plak tu) kata " kenapalah hang ni Meah (panggilan aku dlm famili)bersalin hospital mahal2 baik duit hang tu buat benda lain.Hospital kerajaan RM24 sahaja.Sekarang siap dapat bilik wad yg bagus lagi kat kerajaan.Aku senyap jer lah sbb famili punya pasal.Jaga hati.

KALAU HOSPITAL KERAJAAN AKU BOLEH PILIH DOKTOR PEREMPUAN DAN SUAMI BOLEH MASUK AKU RELA,TAPI KALAU DOKTOR PUN TAK BOLEH PILIH PASTU SUAMI PLAK TAK BOLEH MASUK LABOR ROOM BAIK AKU SPEND DUIT AKU UTK BERANAK HOSPITAL SWASTA.TAK SANGGUP AKU BERANAK DAPAT DOKTOR LAKI2.
Tapi dalam hati " bukan soal duit la,( sila imaginekan yer kepada wanita2 yg pernah bersalin,anda beranak doktor laki2,sikit2 nak cek "bawah tu"..tak rela aku....

Sebut pasal duit.Buat apa la nak spend duit ke arah lain kalau bukan untuk diri sendiri.Cth aku nak beranak bukannya tiap2 tahun.Ni 4 tahun sekali.Nak la servis yg terbaik.Ni sama la jugak yg selalu bagi alasan HBL mahal tapi leh beli perabot,beli barang kemas sampai dua2 tangan pakai,baju mahal2.Padahal HBL ni utk tubuh badan sendiri.Badan ni tak ternilai nilainya.Ke badan awak takde nilai?

Aku faham,kadang2 org takde pilihan gi jugak hospital kerajaan.Takpe kalau yg tak mampu.Yg mampu tu pilih lah yg terbaik.Sekurang-kurangnya kita boleh kurangkan pengguna hospital kerajaan.Jadi kurang sesaklah hospital kerajaan tu yg sememangnya sesak.Tapi aku respek ngan sorang member aku nih.Dia surirumah jer.Suami kerja polis.Berusaha menabung semata-mata nak isteri tersayangnya bersalin di hospital swasta kerana mahu doktor wanita yg menyambut bayi mereka nanti.Respeklah kat dia ni.Siap boleh bagi isteri makan HBL tiap2 bulan.

Ni namanya kalau mahu seribu daya,kalau tak mahu seribu dalih.Betul tak? Buatlah pilihan yg terbaik dalam hidup anda terutama untuk diri sendiri.Hidup ni sekali jer.Ke ada yg dapat hidup 2 kali mcm kat filem2 tuh.Kepada kawan2 di luar sana mari kita sama2 menjaga kesihatan tubuh badan kita.Makanlah makanan yg betul setiap hari dengan kuantiti yg betul.Salam :)

No comments: