Saturday, September 24, 2011

Cabaran berpantang dan ada anak yg lain

Dulu masa berpantang anak sulong.Jadi kalau tinggal kat umah tu ngan baby jer.Suasana rumah pun sunyi jer.Baby tido kita pun tido.Tapi sekarang aku berpantangkan Ali,Akhil dah 4 tahun.Kalau Ali tido aku pun rasa nak tido jugak (penat berjaga malam,siang terasa nak tido la).Tapi tak boleh nak tido sangat pun sbb melayan kerenah Akhil plak.Seminggu pertama mak ada kat KL jaga aku.Tapi sekarang mak pun dah balik Trg.Jadi aku kena menjaga diri sendiri la.Anuar pun dah start aktif kuar kerja semula (agak2 la nak rest kat umah jer kan,Caribbean tak finish lagi nih).

Antara cabaran yg kadang2 buat aku hilang sabar atau geram jer...Akhil ni kuat tgk ultraman jadi dia akan berlakon seolah-olah dia tu ultraman.Jadi time ni la Ali akan terjaga.Kalau main sorang2 tape,nanti dia ajak aku tgk dia (aku ni plak syok nak landing dalam bilik),nak itu,ini (time aku tgh baring,dah la jahitan tu tak brapa baik lagi,bangun pastu baring,baring pastu bangun buat aku rasa sakit) tapi apa2 pun sabar jer.Pikir budak mmg macam tu.Tu la cabaran org kata.Macam mana la yg beranak dan ada anak kecik2 lagi 2,3 org kat atas.Lagi besar cabarannya kan.

Semalam last day mengurut dengan Kak Umi ( tukang urut yg terbaik pernah aku jumpa),mmg rasa badan ni fresh sangat.Sekali urut 3 jam.Syok btol.Dan Alhamdulillah sepanjang 3 jam Ali tido jer.(Ali kasi peluang mama merehat dan membaiki badan semula).Kak Umi tu cakap urat aku ni dah banyak sangat lari2.Mmg la,masa aku teran baby kuar tu aku tarik kuat2 besi kat kaki tu.Last2 tangan rasa lenguh sangat2.Pastu dukung baby lagi nak menyusu bertambah lenguhlah tangan kanan aku nih.Ali ringan jer.2.97 kg sahaja tapi kalau dukung boleh rasa padat badan dia.Terasa lenguh jugak la dukung Ali nih (jgn komplain Rafiah,tak baik)...***INSAF JAP***

Sebut pasal Ali,ada gak sesetengah org yg bagi komen Ali nama anak ko (tade nama lain ker,mcm nama kg)...hello ALI ni sempena nama sahabat Rasullah yg paling Rasullah sayang tau.Baca sikit sejarah Saidina Ali tu.Mula2 mmg aku nak namakan Alif Alexzander.Alexzander sempena Iskandar Zulkarnain.Tapi bila baca sejarahnya macam ada yg kabur2 sikit.Jadi aku dan Anuar decide untuk tidak menggunakan nama itu.Cari punya cari last2 kami berdua setuju WAN ALI HAYY.HAYY sempena nama abgnya WAN AKHIL HAYY.Lagi satu aku mmg nak cari nama yg org panggil takkan pendekkan dah (klu yg pendekkan Ali jadi Li esok lusa tak tau la aku,Ali ni dah cukup pendek dah bagi aku)

Walaupun cabaran berpantang ni ada tapi aku cukup bersyukur dikurniakan 2 orang anak lelaki.Ada org tade anak tau diusia macam aku ni.Ya Allah next year aku dah 31 tahun.Cepatnya masa berlalu.Bila la plak dapat next anak yer (doa next girl plak).Eeee lapar plak perut aku nih.Hari2 minum shake,makan biskut cicah milo,nasi bubur,ikan haruan (rindu nak makan mee hoon,lemang n rendang..yum2...)

Cari makanan dululah.Bye....

1 comment:

Wan Anuar Wan Mahadzir said...

:) thank you very much ye mama Akhil & Ali, really appreciate what you've been through. u are amazing super mom! sayang awak!