Monday, September 19, 2011

I'M BACK!

Assalamualaikum wbt kpd semua yg membaca blog saya ni.Hehe..i’m back! Rasanya ini ayat yg terbaik nak start semula menulis blog.Hampir 2 tahun meninggalkannya sbb duk bz dgn FB sahaja. Kenapa nak start balik? Rasa byk nak sharing ngan kawan2 kat luar sana citer2 yg menarik,pengalaman yg menarik ( bukan nak menunjuk-nunjuk tapi nak tunjuk shj )

Apa yg berlaku dalam 2 tahun ni.Masih dalam Herbalife (alhamdulillah makin maju), dah pindah umah (mmg dr dulu pikir nk pindah umah sbb umah atas bukit sgt(skang pun atas bukit gak,saja galok sikit nk pindah,hihih..nak rasa feel umah baru sebenarnya),dan yg paling best aku dah jadi ibu kepada 2 org anak lelaki.Alhamdulillah.Syukurrrrrrrrr sgt.Muka mcm Akhil.Nama baby baru ni Ali(semoga akhlaknya mcm Saidina Ali a.s. Umur baru 3 hari utk hari ini.Sgt comel dan cute (semua baby comel n cute kan).

Ali lahir di Pusrawi Jalan Tun Razak.Servis yg cekap,nurse yg cekap dan segala-galanya aku bagi "A".Mmg bagus.Sgt selesa melahirkan ank kat sini.Thanks to Asmah Yun.Doktor yg menyambut Akhil n Ali.Akhil dulu di Damai Hospital.Bila aku tau jer pregnant lagi terus call Damai nak booking Asmah Yun.Tapi Dr Asmah dah tukar pergi Pusrawi.Aku pun pilihlah Pusrawi. ( masa tu terpikir jauh jugak,dah lah jalan sana selalu jem,camner ekk klu nak terberanak dan jalan jem…haa law of attraction,duk pikir gitu mmg aku kena.Masa nak lahirkan Ali aku sangkut dlm jem 1 jam tambah ngan hujan.Masa tu duk pk aku ni nak terberanak dlm ketar ke.Tahan sakit la dalam ketar.Tp alhamdulillah selamat sampai hospital.Thanks to my husband berjaya tempoh jem tu dgn pelbagai cara.Sampai2 jer hospital darah dah kuar.

Masuk labor room pukul 6 ptg,pukul 11.05 pm Ali dilahirkan setelah setengah jam push. Ingat boleh tahan tunggu pukul 12.00 mlm nak pilih tarikh 16 Sept.Hari Malaysia.Tapi tade rezki.Ali lahir 15 Sept.(tp tarikh ni lagi best sbb 15 Sept kami dlm HBL dapat royalti).Lagi best bulan ni royalti kami sgt bermakna.Dapat Ali.Alhamdulillah kali ni aku dapat melahirkan baby secara normal.Sepanjang nak tunggu bukaan setiap cm tu,hanya Allah yg tahu sakitnya..Aduhhhhhh…..(masa ni Anuar bancuh shake kasi minum,bancuh tea kasi minum..mcm2 dia buat kasi boleh tahan sakit.Thank sayang.Sebenarnya banyak sgt nk share pengalaman bersalin kali ni.Next time ada masa sambung lagi.Nak share pada yg belum pernah bersalin lagi sebenarnya.Ok,permisi dulu.bye…Salam 

No comments: